Thursday 13 February 2014

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG KVTWU.BLOGSPOT.COM

0 comments
Sememangnya, blogspot.com hanya menghadkan mukasurat (pages) tambahan sebanyak 20 muka termasuk laman utama (home page). Oleh kerana itu, kvtawau.blogspot.com di"klon" menjadi kvtwu.blogspot.com untuk menambahkan keupayaan capaian simpanan maklumat.

Sekiranya, anda merasa terganggu dengan melayari dua laman blog dalam satu masa, saya selaku blogmaster untuk blog Kolej Vokasional Tawau ingin memohon kemaafan atas kedaifan kami yang masih dalam proses menyiapkan laman web untuk kolej.

Dalam laman web yang baru nanti, semua maklumat berkenaan kolej akan cuba disampaikan dengan lebih lengkap kerana laman web sekolah mempunyai hosting yang lebih besar berbanding laman blog percuma seperti blogspot.com.

Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung yang menggunakan perkhidmatan blog ini.

Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan maklumat yang diperlukan sekiranya diberikan peluang.

Terima kasih...
Read full post »